RAMADHAN MUBARAK TELAH DATANG

 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membawa berita gembira kepada para sahabat dengan sabdanya:

قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ كَتَبَ اللّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامُهُ فِيْهِ تُفْتَحُ اَبْوَابَ الجِنَانِ وَتُغْلَقُ اَبْوَابُ الجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ اَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرُهَا فَقَدْ حُرِمَ

”Sungguh telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan keatas kalian puasa padanya.
Juga dibuka selebar-lebarnya selebar-lebarnya selebar-lebarnya selebar-lebarnya selebar-lebarnya pintu-pintu surga, dan dikunci serapat-rapatnya pintu-pintu neraka, dan dibelenggu syaitan-syaitan. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa tidak meraih kebaikan pada malam itu, seolah-olah dia terhalang daripada kebaikan”.

(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasa’i, dan Al-Baihaqi)

Asy-Syaikh Abdur-Razzaq Al-Badr hafizahullah ketika menerangkan sabda baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam “Sungguh telah tiba kepada kalian bulan Ramadhan” beliau berkata:

“Difahami daripada kata-kata baginda ini, seruan untuk menggerakkan hati, merasakan tingginya nilai bulan ini dan keagungannya, maka buatlah persediaan yang rapi, sambutlah ia dengan sebaiknya, dan muliakanlah ia seperti tetamu yang penting. Kerana biasanya, seruan berita untuk menyambut atau menghadapi sesuatu bermakna perintah supaya membuat persediaan menghadapinya”.

(Wa Jaa’a Syahru Ramadhan oleh Asy-Syaikh Abdur-Razzaq Al-Badr)

Selamat beribadah di bulan Ramadhan.
Mudah-mudahan semua amal ibadah kita diterima oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Wassalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh …

Leave a Reply