Puasa Arafah

*InshaaAllah Senin *9 Zulhijjah 1437 Hijrah yang bersamaan 11 September 2016 adalah hari Arafah.*

_Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah diwajibkan di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang belum diberiNYA kesempatan untuk menunaikan haji sangat dianjurkan untuk berpuasa pada hari tersebut._

Kedatangan bulan ni cuma ada sekali dalam setahun. Jadi, jangan sia-siakan  untuk melebur diri dengan keutamaan hari arafah ini.

*Dipetik beberapa buah hadis untuk renungan bersama :*

_Dari Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: *Dikaffarah* (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang._ (Hadis isnad sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Dari Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : _Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah._ (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

*Kelebihan lainnya bagi yg melaksanakan puasa sunat Arafah* ialah:—

1)  *_Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang._*

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
_“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”_
(HR Muslim)

2)  *_Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah._*

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahwa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
_“Tidak ada hari yang amal salehnya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”_
Para sahabat bertanya: _”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”_
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  _“Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”_
(HR al-Bukhari)

3)  *_Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka._*
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
_“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA dari api neraka lebih daripada hari `Arafah.”_
(HR Muslim)

*Untuk para jemaah haji tidak disunatkan berpuasa.*

Semoga Allah sentiasa memberi kita Hidayah untuk melaksanakan ibadah puasa sunat serta dapat mengecapi kelebihan tersebut.
Amin.